Jeans Mini Bag

Dengan berpandukan kreativiti dan inovasi sendiri , saya berjaya menghasilkan satu beg mini yang diperbuat daripada seluar jeans dan tali pinggang terpakai. Saksikanlah...!









TEKNOLOGI PERUBATAN MASA KINI


THE DOCTOR IN A BOX

 


Teknologi ini merupakan alat yang mampu menghubungkan pesakit dengan doktor tanpa perlu berjumpa secara realiti. Ia menawarkan perbincangan melalui video dengan doktor tanpa batasan jarak mahupun beratur panjang yang kebiasaannya menjadi penghalang seseorang individu itu untuk mendapatkan khidmat kesihatan. 
Ia juga mudah untuk di bawa ke mana sahaja kerana saiznya yang begitu kecil tetapi padat dengan aplikasi seperti pemeriksaan tekanan darah dan pemeriksaan darah yang ringkas selain mampu mengenalpasti samada ubatan yang diambil berkesan ke atas individu tersebut ataupun tidak. Secara amnya , alatan ini dihasilkan dengan tujuan memudahkan individu mendapatkan bantuan perubatan sekaligus mampu mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh setiap pusat kesihatan dek kerana bilangan pesakit yang kian bertambah.



HYGREEN 



Ini merupakan teknologi kebersihan tangan dengan pengesan. Matlamat utamanya adalah untuk mengingatkan para pekerja kesihatan seperti doktor dan jururawat membasuh tangan dengan menggunakan teknik yang betul. Dengan mengamalkan teknik pencucian yang betul , kadar jangkitan mampu dikurangkan di setiap hospital. 
Untuk menggunakan mesin ini , individu tersebut perlulah mencuci tangan menggunakan sabun bebas alkohol sebelum meletakkan tangan tersebut di bawah mesin ini untuk di imbas. Jika bersih , mesin ini akan menunjukkan “All Clean”. Jika terdapat sisa kotoran pada tangan , mesin ini akan bergetar dan mengingatkan individu tersebut untuk mencucinya sekali lagi sehinggalah imbasan pada mesin ini tidak bergetar. 
Setiap imbasan akan direkodkan dan dihantar ke sistem hospital untuk mengenalpasti staf kesihatan yang tidak mengamalkan pencucian tangan dengan sempurna. Dengan wujudnya mesin ini, staf kesihatan akan selalu memastikan tangan mereka bebas daripada sebarang mikroorganisma sebelum memberi penjagaan kesihatan sekaligus membasmi penularan jangkitan kepada pesakit.





VITALS MONITORING SYSTEM

 

Alat ini berfungsi untuk menilai tahap suhu badan , kadar denyutan jantung serta tekanan darah pesakit. Ianya dipakai di pergelangan pesakit seperti jam tangan dan segala bacaan akan dihantar ke carta digital yang terdapat di wad tanpa menggunakan wayar untuk diperiksa oleh doktor.
Dengan adanya alat ini , staf perubatan mampu memantau keadaan pesakit tanpa perlu berada di sisi pesakit untuk menjalankan pemeriksaan sekaligus mampu mengurangkan masalah kekurangan staf di hospital yang seringkali dibanjiri pesakit. Bukan itu sahaja , alat ini juga bertindak sebagai penggera kepada segala perubahan yang berlaku ke atas pesakit dan penjagaan perubatan yang segera dapat diberikan.



THE AURA

 

Teknologi yang digelar Aura ini berkongsepkan masa hadapan untuk penjagaan kesihatan bersifat peribadi. Konsepnya hanya menggunakan cahaya sebagai komponen utama. Aura berfungsi sebagai alat pemantau , terapi dan perlindungan kesihatan peribadi. Dengan hanya memandang ke arah Aura , ia akan mula memproses kondisi tingkahlaku dan juga kesihatan. 
Apabila ianya disentuh , alat ini akan memantau suhu badan dan kadar denyutan jantung.
Selepas memandang atau menyentuh alat ini , ia akan mengeluarkan warna yang akan mempengaruhi fisiologi kesihatan seseorang. Setiap warna menggambarkan tahap penilaian terhadap diri seseorang samada melibatkan luaran mahupun dalaman. Secara kesimpulannya , alat ini menggabungkan teknik perubatan secara tradisional dan moden sebagai elemen penyembuhan.



  ALIVECOR ELECTROCARDIOGRAM


 

Secara amnya , alat ini sama seperti elektrokardiogram yang berfungsi untuk memeriksa aktiviti jantung melalui ritma tang dipaparkan. Bezanya , alat ini tidak menggunakan sebarang wayar yang perlu ditampalkan ke badan pesakit dan ia juga berkeupayaan digunakan pada telefon pintar seperti iphone.  Ianya berfungsi hanya dengan meletakkannya di dada , kemudiannya ritma aktiviti jantung akan dipaparkan pada skrin telefon pintar tersebut. Dengan hadirnya teknologi seperti ini , ia membolehkan kardiologist memeriksa keadaan jantung dalam masa yang singkat dan bacaannya juga lebih pantas berbanding mesin elektrokardiogram sedia ada.



XIAFLEX INJECTION TRAINER

  

Xiaflex merupakan alat bagi melatih para doktor dalam aspek suntikan. Ianya tidak ubah seperti model getah ataupun “dummy” yang seringkali digunakan dalam latihan perubatan. Perbezaan kemajuan teknologi ini ialah ia mampu menggenggam serta menggerakkan bahagian jari secara automatic jika disuntikan pada bahagian yang salah.
Selain itu , model ini juga akan mengeluarkan warna seperti hijau jika suntikan itu tepat pada bahagiannya manakala merah dan kuning jika suntikan itu terkena pada bahagian yang salah. Tambahan , suntikan yang diberikan perlulah menggunakan jarum yang sebenar. Kesimpulannya , model ini sangatlah berguna untuk membantu para ahli perubatan untuk mahir dalam suntikan bagi memastikan setiap suntikan dapat dilakukan dengan effisen.



 AccuVEIN AV300 AUGMENTED REALITY VEIN VIEWING SYSTEM



Menghalakan jarum ke salur sarah kadangkala menjadi satu kesilapan dan menyakitkan jika disuntik pada bahagian yang salah. Ianya seringkali berlaku kepada mereka yang mempunyai saiz badan yang besar. Oleh itu , hadirnya alat ini ataupun AccuVein berfungsi sebagai pengesan kepada salur darah yang tersembunyi disebalik lemak dan kulit yang tebal. Dengan hanya menekan satu butang , cahaya inframerah daripada alat ini akan dipancarkan ke lokasi yang diinginkan , kemudian gambar salur darah akan dipancarkan secara terus ke kulit. Hadirnya gambar salur darah ini dipengaruhi oleh proses penyerapan cahaya oleh haemoglobin yang terdapat di dalam darah  dan menimbulkan gambaran salur darah yang sebenar. Dengan terpancar gambar salur darah tersebut pada dasar kulit pesakit, ianya akan memudahkan kerja doktor samada untuk menyuntik ubat mahupun untuk mengambil darah.




EarlySENSE MONITORING SYSTEM


 

Tanpa penggunaan wayar diletakkan kepada anggota badan , alat yang dikenali sebagai sistem pengesan awal ini mampu mengenalpasti tanda – tanda penting kepada pesakit kurang daripada seminit seperti tekanan darah , kadar denyutan jantung , suhu badan dan kadar pernafasan. Ia menggunakan pengesan elektrik yang dikenali “piezoelectric” sebagai komponen utama untuk mengesan dan berfungsi dengan hanya perlu diletakkan di bawah tilam untuk memeriksa keadaan pesakit. 
Alat ini telah berjaya menangani masalah lambakan wayar dan juga kabel untuk hospital yang sentiasa padat dengan pesakit. Selain itu , ia juga mampu menjadi penggera kepada jururawat jika pesakit yang sepatutnya tidak boleh berjalan telah meninggalkan katil serta mengingatkan jururawat untuk mengubah posisi pesakit bagi mengelakkan luka tekanan.  



DNA RAPID GENETIC TESTING SYSTEM


Selain terkenal dalam unsur jenayah , ujian genetic juga seringkali digunakan dalam sektor perubatan bagi mengenalpasti penyakit dan tindakbalas badan terhadap ubat. Teknologi yang dikenali “DNA Rapid Genetic Testing System” mampu menganalisa genetik  kurang daripada 10 minit , iaitu jauh lebih pantas daripada sistem pehgimbas sedia ada. 
Bukan itu sahaja , teknologi ini juga mampu membuat salinan DNA menggunakan reaksi PCR ( polymerase chain reaction ) serta menggunakan teknologi transistor sensitif ion untuk mengawal jumlah DNA yang disalin. Bersaizkan USB pendrive dan sistem penganalisa sebesar tapak tangan, ianya mudah untuk di bawa ke mana sahaja serta mampu disimpan di dalam kocek. 



CELLSCOPE

CellScope merupakan satu alat penyambung yang akan disambung pada telefon pintar bagi menukarkan fungsi telefon berkenaan kepada mikroskop. Ianya mula dibina pada tahun 2006 di Universiti California. Alat ini telah dihasilkan dalam pelbagai versi bagi membolehkan ia diguna pada pelbagai benda dengan pelbagai fungsi yang berlainan. 
Secara amnya , alat ini berfungsi sebagai pengesan retina dan juga untuk menganalisa imej yang terdapat pada sampel darah mahupun kahak. Dengan menganalisa sampel tersebut , penyakit seperti tuberkolosis , malaria dan lain – lain penyakit berjangkit dapat dikesan dengan mudah tidak kira di mana sahaja lokasinya. Imej – imej penyakit berkenaan akan muncul di skrin telefon pintar pengguna sama seperti imej yang muncul di mikroskop.